Danny Welbeck menegaskan keutamaannya adalah mengakhiri musim ini dengan cemerlang bersama Arsenal selepas meledak gol kemenangan ketika berdepan Southampton, semalam.
Penyerang itu gagal menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris bagi tahun 2018 tetapi kembali menemui sentuhan apabila menjaringkan dua gol ketika membantu The Gunners menang 3-2 di Stadium Emirates, termasuk gol kemenangan pada minit ke-81.
Sebelum ini, Welbeck, yang mengalami kecederaan sejak beberapa musim lalu, gagal mendapatkan tempat dalam skuad England.
Bagaimanapun, dalam ketiadaan Harry Kane yang dalam proses pulih daripada kecederaan, pengendali The Three Lions, Gareth Southgate, menyenaraikan bekas pemain Manchester United itu untuk aksi persahabatan berdepan Belanda dan Itali, bulan lalu.
Dalam proses melibatkan diri dalam saingan di Russia, Jun nanti, Welbeck enggan berfikir terlalu panjang kerana meletakkan tumpuan buat aksi Liga Europa (UEL) berdepan CSKA Moscow.
"Fikiran saya tertumpu kepada aksi seterusnya dan memastikan kami mempamerkan aksi cemerlang.
"Kami telah meraih kemenangan ke atas CSKA tetapi kami mahu cuba untuk menjuarai saingan tersebut kerana ia adalah tiket kami ke Liga Juara-Juara (UCL)."