Skip to main content

Bola Sepak

Weigl: Kekalahan kepada Bayern sudah dijangka

julian-weig;.jpg
Julian Weigl mendakwa Borussia Dortmund sudah menjangkakan keputusan yang buruk berdepan Bayern Munich kelmarin.

Pendahulu Bundesliga itu kini selangkah lebih hampir untuk merangkul kejuaraan buat kali keenam berturut-turut dengan kemenangan 6-0 di Allianz Arena, dengan menjaringkan lima gol dalam babak pertama perlawanan.

Weigl, yang menggantikan Gonzalo Castro selepas perlawanan melewati 60 minit, mengakui Dortmund berhak meraih keputusan tersebut di atas persembahan yang longlai.

"Bayern berada dalam kelas tersendiri," katanya. "Tiada saat Dortmund mampu melakukan apa-apa, kami akan memiliki satu atau dua peluang.

"Ia perlawanan yang sukar dan kami mahu mendapatkan sesuatu daripadanya. Tetapi jika anda mahu merebut peluang ketika beraksi di Munich, anda perlu membawa keberanian dalam perlawanan. Jika tidak, tiada apa mampu dihasilkan," katanya.

Dortmund kekal di tangga ketiga liga tetapi hanya mendahulu RB Leipzig dua mata dan tiga mata ke atas Bayer Leverkusen dan Eintracht Frankfurt, dengan berbaki enam perlawanan lagi musim ini.

Weigl berharap mereka akan layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) bagi musim depan.

"Saya berharap kekalahan ini tidak berulang, kami akan bertemu Stuttgart di laman sendiri tetapi kami akan tampilkan persembahan yang lebih baik."
 

Advertisement

Must Watch Video