Jurulatih Perak, Karl-Heinz Weigang, berpendapat kecergasan pemainnya yang masih belum berada di tahap terbaik menjadi punca kegagalan mereka meraih tiga mata dalam aksi sulung Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Selepas hanya seri 1-1 dengan Pahang, Weigang tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kecergasan majoriti pemainnya yang disifatkan tidak sesuai untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif.
"Ini merupakan perlawanan pertama yang kompetitif buat kami. Aksi persahabatan ketika pra-musim tidak membantu untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain.
"Saya yakin pemain-pemain akan mendapat kecergasan sepenuhnya selepas empat atau lima perlawanan akan datang," kata jurulatih dari Jerman itu.
Bagi pengendali Pahang, Dollah Salleh, dia berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menyenaraikan pemain import terbaru, Matheus Alves, gara-gara belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).
Katanya, masalah itu jelas menjejaskan rentak pasukan yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Ashari Samsudin untuk mengetuai jentera serangan.
"Alves masih belum dapat beraksi bersama pasukan. Kami berharap segala urusannya dapat diselesaikan sebelum kami menghadapi perlawanan akan datang," kata Dollah.
Perak akan berkunjung ke Pulau Pinang 27 Februari ini untuk perlawanan kedua Liga Super manakala Pahang akan menentang T-Team pada tarikh yang sama.