Pemain tengah Fiorentina, Milan Badelj, mendedahkan bahawa dirinya akan kekal bersama pasukan buat masa ini sambil menegaskan masa depannya tidak akan dipengaruhi oleh keadaan kewangan.
Pemain skuad kebangsaan Croatia itu bakal menyaksikan kontraknya bersama Fiorentina tamat pada penghujung musim ini, sekali gus membuatkannya dikaitkan dengan perpindahan ke AS Roma.
Bagaimanapun, Badelj menyifatkan dirinya tidak perlu berhijrah ke mana-mana dan mahu fokus dengan aksinya di Artemio Franchi sambil memberikan bayangan dia mungkin menandatangani kontrak baru.
"Kontrak saya bersama Fiorentina berakhir pada Jun. Ia bukan mengenai keadaan kewangan tetapi lebih kepada peluang dalam kerjaya.
"Memang wujud perbincangan dengan Roma, sama seperti kebanyakan pasukan lain tetapi sehingga kini, saya masih pemain Fiorentina.
"Saya mahu membawa Fiorentina ke arah kejayaan dan mungkin akan terus kekal bersama pasukan," katanya.
Badelj telah melakukan 20 penampilan dalam saingan Serie A pada musim ini, membantu pasukan berada di tangga ke-11 liga menjelang aksi menentang Juventus, awal pagi esok.