Jurulatih Kuala Lumpur, Wanderley Junior, mengesahkan kuota pemain import terakhir pasukannya telah diisi pemain dari Uzbekistan, Bobur Akbarov.
Akbarov bakal membantu skuad The City Boys di posisi pertahanan bersama dua lagi pemain dari Argentina, iaitu Chamorro Chakki dan Alesandro Dul, masing-masing di bahagian serangan dan jentera tengah.
Akbarov, yang sebelum ini bersama kelab dari Uzbekistan, berjaya menarik perhatian Junior untuk mengisi kuota akhir pemain import.
Dia turut membantu Kuala Lumpur untuk memenangi aksi persahabatan 2-1 menentang Sime Darby FC minggu lalu.
"Akbarov sudah berada di sini tiga, empat hari lalu. Dalam latihan dia menunjukkan kualitinya dan kami memang gembira dengan prestasinya," kata Junior.
Sementara itu, jurulatih Felcra FC, Yusri Che Lah, pula optimis anak buahnya kini tampak lebih serasi selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan.
Meskipun tewas 1-3 berdepan Kuala Lumpur, Selasa lalu, Yusri enggan keputusan itu mempengaruhi mental pemain.
"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan tahap ketahanan pemain saya dalam enam minggu persiapan.
"Dalam dua perlawanan terdahulu, kami masih lagi mencari persefahaman di kalangan pemain baru dan lama," kata Yusri.
Musim baru bola sepak Malaysia akan bermula dengan perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah dalam Piala Sumbangsih, 20 Januari ini.
Pada hari yang sama, Liga Perdana turut membuat sepak mula.
Perlawanan pertama Liga Perdana melibatkan PDRM menentang juara Liga FAM 2016, MISC-MIFA, manakala Terengganu menentang PKNP FC.