Bekas ketua jurulatih Perlis, Wan Mustaffa Wan Ismail, menyarankan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menarik balik keputusan mereka membenarkan skuad Singa Utara beraksi dalam Liga Perdana musim ini gara-gara kemelut tunggakan gaji yang melanda Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).
Semalam, Nadi Arena melaporkan penyerang Perlis, Safee Sali, menuntut PFA untuk menunaikan janji berhubung pembayaran gaji kepada pemain musim ini, iaitu sebelum sepak mula Liga Malaysia yang bakal membuka tirai esok.
Ia membabitkan tunggakan selama dua bulan dan situasi itu menggambarkan PFA tampak tidak serius untuk bersaing dalam saingan Liga Perdana setelah turut dipalit dengan kemelut tunggakan gaji lama.
Wan Mustaffa mengakui MFL selaku badan pentadbir Liga Malaysia seharusnya meneliti terlebih dahulu masalah yang dialami persatuan itu sebelum melepaskan skuad Singa Utara beraksi musim ini.
"Sepatutnya ia dijadikan pengajaran dan undang-undang sedia ada digubal semula untuk memastikan ia menjadi lebih mantap, terutama melibatkan soal gaji pemain.
"Bagi saya, isu masalah tunggakan gaji ini berlaku ekoran pembayaran yang sepatutnya lebih cepat," kata Wan Mustaffa.
Terdahulu, Perlis meraih tiket ke Liga Perdana 2019 selepas memenuhi kriteria ditetapkan, terutama membabitkan aspek kewangan yang dilihat kukuh untuk menghadapi Liga Malaysia musim ini.
Bagaimanapun, mereka perlu menjelaskan tunggakan gaji yang dihadapi pasukan itu dalam tempoh 60 hari dengan agihan kewangan untuk pasukan itu akan dijadikan cagaran jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.
"Selagi ia tidak diselesaikan, pasukan tidak boleh mengambil bahagian. Namun, mungkin berlaku salah faham apabila ada janji yang tidak ditepati."
Setakat ini, usaha Nadi Arena untuk mendapatkan penjelasan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie, berhubung isu itu menemui jalan buntu apabila beliau enggan ditemui dan sekadar memaklumkan sibuk untuk menguruskan pembayaran gaji pemain hari ini.