Sebanyak 60,000 tiket telah terjual menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan dipenuhi peminat Manchester United yang hadir menentang pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara, ASEAN-All Stars, dalam Maybank Challenge Cup, esok.
Ketibaan The Red Devils di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) terus ke tempat penginapan disambut meriah oleh peminat kesayangan bagaikan wira tak didendang meskipun mengharungi musim paling sukar.
Seawal tengah hari, puluhan peminat setia mula memenuhi pekarangan hotel, lengkap dengan jersi pasukan dan harapan untuk sekurang-kurangnya menerima sekilas pandang idola mereka.
Sorakan bergema sebaik bas rasmi kelab tiba sekitar jam 8 malam, diiringi kawalan keselamatan rapi yang memastikan ketibaan pasukan berjalan lancar.
Seperti tidak mempercayai pemain terkemuka dunia yang secara lazimnya hanya boleh disaksikan di kaca televisyen berada di depan mata.
Nama-nama besar seperti ketua pasukan, Bruno Fernandes, Andre Onana, Alejandro Garnacho, Harry Maguire termasuk ketua jurulatih, Ruben Amorim, kelihatan di Malaysia, sekali gus bakal diturunkan selaku tonggak utama, esok.
Inilah kali pertama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hadir ke Malaysia selepas kali terakhir pada 2008.
Aksi itu bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi simbol penghargaan kepada penyokong di rantau ini, serta peluang United memberi sesuatu kepada peminat mereka selepas musim penuh kekecewaan.

Ketibaan Skuad 'The Red Devils' di Malaysia! Meriah betull!???⚽#NadiArena #AstroArena #ManchesterUnited pic.twitter.com/f8F8fftLbe
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 26, 2025