BOLA SEPAK
Vingada harapkan permulaan sempurna
Pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada, mengharapkan anak-anak buahnya mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan menentang Lubnan di Stadium Larkin, malam esok.
Jurulatih dari Portugal itu berdepan tugas sukar untuk mengembalikan maruah skuad bola sepak negara, namun optimis dengan keupayaan anak-anak buahnya.
“Kami memiliki masa yang sangat suntuk, namun saya percaya pemain-pemain sudah mula memahami setiap pendekatan yang dilakukan.
Iklan
“Semua akan dapat menyaksikan sebuah pasukan yang penuh semangat dalam perlawanan esok,” ujarnya.
Bagaimanapun, Vingada terpaksa mengetepikan Matthew Davies dan Wan Zaharulnizam Zakaria untuk pertemuan itu ekoran kecederaan.
Sementara itu, kem Lubnan tetap tenang walaupun mereka hadir tanpa penggempur utama, Mohammed Ghaddar, yang digugurkan daripada skuad kebangsaan.
Namun, Lubnan tetap memiliki kekuatan seimbang, terutama dengan kehadiran penyerang yang bermain dalam Liga Malaysia, iaitu Mootaz Jounaidi, bekas pemain Felda United dan Abou Bakr El-Mal,
penyerang baru Kelantan.
“Malaysia memiliki beberapa pemain yang mempunyai persefahaman tinggi di peringkat kelab (Johor Darul Ta'zim) dan itu adalah kelebihan yang mereka miliki,” kata jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic.
Must-Watch Video