"Kita ketandusan penyerang sebenar ekoran posisi itu kebanyakannya diisi pemain import dalam saingan liga."
Itu reaksi ketua jurulatih negara, Nelo Vingada, yang mengakui masih belum menemui penyerang berkualiti dalam kalangan pemain tempatan sepanjang pemerhatiannya dalam saingan Liga Malaysia.
Vingada merujuk kepada limpahan tenaga import yang digunakan sepenuhnya pasukan kelab dan negeri dalam posisi itu.
"Secara jujurnya, posisi penyerang tidak mudah untuk diisi kerana semua pemain yang bermain (dalam pasukan kelab dan negeri) adalah pemain luar negara.
"Posisi lain lebih mudah untuk dicari kerana kebanyakannya adalah pemain tempatan," katanya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka semula penyertaan kepada tenaga import bermula pada 2012, yang secara tidak langsung memberi kesan kepada skuad negara.
Alasan FAM adalah ingin memeriahkan kembali saingan liga selain memberi peluang untuk pemain tempatan bersaing merebut kedudukan.
Vingada, bagaimanapun, melahirkan keyakinan perkara itu hanya halangan kecil untuknya membentuk pasukan mantap sebelum skuad negara menghadapi ujian kedua kelayakan Piala Asia bertemu Hong Kong, September nanti.
"Kami sangat yakin dan optimis mengenai masa depan yang cerah. Kami percaya dapat mencari penyelesaian tepat dan membuat kombinasi baik di antara pasukan terbaik dan bakat muda yang kami ada," tambahnya.
Senarai penjaring terbanyak Liga Super
Pemain import:
• Mohammed Ghaddar (Johor Darul Ta'zim): 19 Gol
• Matheus Alves (Pahang): 14 Gol
• Ken Ilso Larsen (Kedah): 9 Gol
Pemain tempatan:
• Safiq Rahim (Johor Darul Ta'zim): 8 Gol
• Baddrol Bakhtiar (Kedah): 5 Gol
• Nor Hakim Hassan (T-Team): 5 Gol