Patrick Vieira mendapat sokongan bekas rakan sepasukan, Robert Pires, bagi menggantikan Arsene Wenger selaku pengurus di Arsenal.
Skuad The Gunners dijangka memasuki era baru berikutan pengumuman Wenger pada minggu lalu bahawa dia akan melepaskan jawatannya pada penghujung musim ini selepas 22 tahun.
Luis Enrique, Massimiliano Allegri dan Carlo Ancelotti disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi kepada pengurus Perancis berkenaan yang telah memenangi tiga gelaran Liga Perdana dan tujuh Piala FA bersama Arsenal.
Tetapi kelibat bekas bintang Arsenal, Mikel Arteta dan Vieira, yang sedang membimbing New York City FC sejak Januari 2016, turut dipertimbangkan.
Pires, yang merupakan sebahagian daripada pasukan 'Invincibles' yang diketuai oleh Vieira ketika memenangi gelaran Liga Perdana pada 2003-04 tanpa sebarang kekalahan sepanjang musim, percaya rakan senegaranya itu bersedia untuk menggantikan bekas bos mereka.
"Arsenal dan Vieira merupakan kombinasi yang sangat baik. Saya fikir Patrick Vieira sudah bersedia untuk Arsenal, 100 peratus, ya," kata Pires kepada SPORTS.
"Patrick Vieira sudah bersedia, dia telah menerajui New York City dengan baik selama tiga musim dan berkemampuan untuk menjadi pengurus Arsenal," ujarnya.