Bekas bintang Inter dan Argentina, Juan Sebastian Veron, mempersoalkan keputusan Jorge Sampaoli mengetepikan Mauro Icardi daripada skuad Piala Dunia sambil mengatakan hanya jurulatih pasukan kebangsaan itu tahu mengapa penjaring gol yang dalam prestasi baik itu dikecualikan.
Icardi menjaringkan 29 gol dalam 34 penampilan Serie A pada 2017-18 -- musim paling produktifnya sejak menyertai kelab itu pada 2013 -- tetapi hanya muncul dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama Argentina.
Veron, yang bermain untuk Inter secara pinjaman dari Chelsea di antara 2004 dan 2006 dan membuat 73 penampilan untuk Argentina, berkata dia buntu mengapa skuad La Albiceleste itu meninggalkan pemain berusia 25 tahun itu.
"Dari luar, sukar untuk menilai penyingkirannya daripada Piala Dunia," kata Veron kepada RMC Sport. "Saya perlu berada di tempat Sampaoli.
"Tetapi saya tertanya-tanya mengapa seseorang yang menjaringkan begitu banyak gol untuk Inter, yang bukan daripada generasi tua, tidak berada dalam Piala Dunia.
"Dia menjaringkan banyak gol dan harus berada dalam senarai pemain tetapi hanya Sampaoli tahu sebabnya."
Veron, yang bersara daripada bola sepak pada 2017 ketika berusia 41 tahun, berharap prestas Lionel Messi akan bertambah baik untuk membantu Argentina bangkit daripada permulaan buruk yang menyaksikan mereka meraih hanya satu mata daripada dua perlawanan pertama Piala Dunia.
Selepas seri 1-1 dengan Iceland dan tewas 3-0 kepada Croatia, skuad Sampaoli itu mesti mengalahkan Nigeria dalam perlawanan terakhir Kumpulan D untuk berpeluang mara ke peringkat kalah mati -- prestasi yang belum pernah gagal dicapai mereka sejak 2002.
"Saya harap mereka dapat melangkah ke pusingan kedua," katanya. "Ia bukan situasi mudah.
"Apa yang berlaku kepada Messi? Hanya dia yang tahu. Saya berharap dia boleh membawa pasukan dan skuad itu dapat mengiringinya.
"Seorang pemain sahaja tidak dapat menyelesaikan nasib pasukan," ujarnya.