Penjaga gol Rennes, Benoit Costil berpendapat dua pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Veratti dan Thiago Motta layak mendapat layangan kad kuning susulan kedua-dua pemain itu sengaja menjatuhkan badan bagi mendapatkan sepakan penalti.
Julian Draxler menandakan penampilan pertamanya di Ligue 1 dengan gol kemenangan sekaligus meletakkan PSG di tangga ketiga liga, berkongsi mata dengan Monaco yang menghuni tangga kedua.
Bagaimanapun, gol Draxler hadir selepas pengadil, Benoit Bastien menafikan laungan penalti oleh PSG selepas Veratti dijatuhkan sebelum menafikan buat kali kedua ketika Motta dijatuhkan.
Costil bagaimanapun berpendapat pengadil membuat keputusan yang tepat.
"Saya sudah tahu apa soalan yang kamu ingin ajukan," Costil memberitahu Canal Plus Sport.
"Tiada apa yang saya ingin perkatakan kecuali tahniah kepada pengadil kerana tidak diperbodohkan.
"Saya juga percaya tindakan Motta menjatuhkan badan lebih jelas berbanding yang pertama.
"Tetapi ini bukan isu besar, PSG merupakan pasukan gergasi dan mereka layak menang."