Skip to main content

Bola Sepak

Venice pemain terbaik ATM -- Azhar Abdullah

venice-elphi.jpg

Biarpun sudah mencecah usia 33 tahun, pemain sayap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Venice Elphi, yang masih dipertanggunjawabkan menjadi perancang utama pasukan, mempersembahkan aksi memukau ketika pertemuan menentang MISC- MIFA dalam aksi Liga Perdana, semalam.

Venice adalah antara tonggak veteran yang masih membarisi pasukan ATM untuk musim ini.

Pada usia 33 tahun, Venice masih mampu untuk membuat larian laju untuk membolosi benteng pertahanan lawan dan menjadi arkitek penting dalam menjana ketiga-tiga gol ATM dalam pertemuan itu.

Sempena musim Liga Perdana 2017, Venice juga menyimpan azam untuk menambah koleksi gol bagi membantu pasukannya mencapai kedudukan terbaik dalam liga.

"Saya bersyukur kerana saya juga tidak menjangkakan kemenangan ini, apatah lagi beraksi di tempat lawan.

"Kami sebenarnya menyasarkan satu mata sahaja tetapi kami mendapat tiga mata. Saya berharap kejayaan ini akan berkekalan," jelasnya.

Bagi penggendali ATM, Azhar Abdullah, kehadiran pemain dari suku Bidayuh itu penting dalam menaikkan moral pemain, terutama pemain muda yang tiada pengalaman beraksi dalam Liga Perdana.

"Venice merupakan pemain paling senior. Jadi, dalam keadaan itu, dia masih lagi memberi banyak sumbangan kepada ATM. Pada saya, dia yang terbaik," kata Azhar.

Advertisement

Must Watch Video