Penyerang England, Jamie Vardy, perlu menjalani penilaian terhadap kecederaan pangkal paha selepas melakar kemenangan ke atas Colombia dalam aksi kalah mati Piala Dunia menerusi penentuan sepakan penalti.
Vardy hadir lewat sebagai pemain gantian pada penghujung permainan di Moscow, yang berakhir dengan keputusan 1-1 selepas tandukan Yerry Mina mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Penyerang Leicester City itu, yang mengalami kecederaan pangkal paha ketika kedua-dua perlawanan, berusaha untuk mencari gol kemenangan.
Vardy dilaporkan bakal mengambil sepakan penalti England yang kelima tetapi Eric Dier mengambil alih dan menyempurnakannya bagi memastikan kemenangan diraih.
England akan berdepan Sweden dalam aksi suku akhir di Samara, Sabtu ini, tetapi kesediaan Vardy masih diragui dalam misi untuk kembali ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1990.