Ernesto Valverde membantah permintaan Argentina yang memohon agar Lionel Messi diberikan lebih rehat sempena Piala Dunia, sebaliknya menegaskan bintang Barcelona itu ingin memenangi segala-galanya bersama kelab dan negara.
Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA), Claudio Tapia, menyatakan hasrat untuk melihat Messi kurang dibebani aksi bagi mengekalkan kecergasannya memimpin negaranya di Russia nanti.
Tapia, yang bercakap kepada media Argentina, mendedahkan telah berbincang dengan Barca mengenai prospek melindungi Messi dan mengehadkan penampilannya.
Bagaimana, Valverde enggan mendedahkan perancangannya terhadap idea itu ketika disoal dalam sidang media sebelum bertemu Eibar.
"Saya menaruh kepercayaan kepada seluruh dunia, terutama Messi, yang merupakan pemain kami," kata Valverde kepada wartawan. "Saya tahu Leo mempunyai cita-cita untuk memenangi segala-galanya bersama Barca dan pasukan kebangsaan. Kami mahu dia dalam prestasi terbaik untuk kami dan Argentina."
Laporan baru-baru ini mendakwa Andres Iniesta menerima tawaran menguntungkan daripada kelab Liga Super China dan pengendali itu perlu memikirkan perkara tersebut jika terbukti benar, namun setakat ini Valverde fikir tiada keperluan untuk berasa tergugat dengan kuasa kewangan kelab China.
"Jika itu berlaku, maka kami akan memikirkannya tetapi saya tidak perlu mengatakan apa-apa kerana saya tidak memikirkannya," kata Valverde.
"Saya tidak dapat mengulas setiap cerita di akhbar. Iniesta bersama kami dan akan berlatih bersama kami. Kami mahu dia kekal, beraksi lebih kerap dan menjaringkan lebih banyak gol.
"Pada masa ini, tawaran kelab China hanya membabitkan Javier Mascherano. Saya tidak mahu mula memikirkan perkara-perkara seperti ini sebelum ia menjadi kenyataan.
"Dengan situasi Mascherano, ia telah berlaku dan berakhir. Jadi, kami tidak perlu bimbang dengan perkara seumpamanya."
Valverde juga mengesahkan Gerard Pique mungkin diturunkan selepas direhatkan ketika Barca seri 0-0 dengan Getafe, namun Thomas Vermaelen masih dalam keraguan.
"Saya akan menunggu sehingga sesi latihan terakhir," katanya lagi. "Mengenai Pique, dia sudah kembali minggu lepas, jadi saya membayangkan dia sudah bersedia.
"Saya tidak pasti mengenai Vermaelen, kami akan melihat esok (Sabtu), saya tidak mahu mengambil risiko."