Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, mempertahankan keputusannya untuk mengubah skuad selepas pasukannya diikat Celta Vigo 2-2 di Stadium Balaidos, awal pagi tadi.
Gol daripada Ousmane Dembele dan Paco Alcacer dipadam oleh jaringan Jonny Otto dan Iago Aspas, dengan Barca beraksi 10 pemain dalam babak kedua selepas Sergi Roberto dibuang padang.
Pemain tetap Barca direhatkan, dengan Lionel Messi dan Luis Suarez antara tonggak yang masuk dari bangku simpanan, ketika peneraju LaLiga itu melebarkan rekod tanpa kalah musim ini kepada 33 perlawanan.
Dengan pasukannya menghadapi Sevilla dalam final Copa del Rey, Ahad ini, Valverde berkata perubahan itu diperlukan.
"Memang ada perubahan. Ada pemain yang bermain berterusan dan saya fikir ia sesuai dengan kami," katanya.
"Ia adalah satu risiko untuk membuat banyak perubahan tetapi dalam Copa (menentang Celta pada Januari) kami juga membuat perubahan. Saya fikir kami beraksi baik.
"Nanti kita akan lihat jika kami memberi kegembiraan kepada semua pada Ahad ini," katanya.
Barca mendahului 2-1 ketika Roberto, yang turun sebagai pemain simpanan selepas sejam perlawanan, meraih kad merah pada minit ke-71.
Valverde berasakan penyingkiran pemain itu mengubah perlawanan, tetapi pasukannya mampu mara dengan berkelebihan 12 mata di atas Atletico Madrid.
"Kami tidak mengambil kesempatan kerana kami selalu fikirkan tentang kemenangan, tetapi kami perlu menyesuaikan diri dengan apa yang kami ada," katanya.
"Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik, kemudian muncul kad merah dan kami terpaksa mengubah perlawanan.
"Selepas itu, kami tidak mempunyai keupayaan untuk membentuk serangan dan mendorong mereka bangkit sepenuhnya, dan sebab itu gol penyamaan hadir.
"Ini satu lagi mata dan sekarang kami hanya memerlukan dua kemenangan untuk menjadi juara. Kami mahu mendapatkannya tetapi kita akan lihat nanti," katanya lagi.