Ernesto Valverde berkata Barcelona didorong oleh peluang untuk mencipta sejarah LaLiga dengan rekod tanpa tewas sepanjang musim tetapi jurulatih itu mahu gelaran juara didahulukan.
Barcelona hampir menuntut semula mahkota LaLiga daripada Real Madrid apabila mereka berkunjung ke Celta Vigo awal pagi esok, dengan skuad Catalan itu kini selesa menikmati kelebihan 11 mata di atas Atletico Madrid.
Walaupun Barca mengalami kekalahan di Roma dalam suku akhir Liga Juara-Juara, mensia-siakan kelebihan tiga gol dalam perlawanan pertama, skuad Valverde itu menghadapi Sevilla dalam final Copa del Rey pada Ahad ini, dengan memecahkan rekod sebagai pasukan paling lama tidak tewas dalam LaLiga mengatasi Valencia.
Dan Valverde memberi amaran bahawa walaupun dua gelaran domestik menjadi prospek dalam musim pertamanya di kelab itu, Barcelona masih boleh mengakhiri kempen tanpa sebarang penghormatan.
"Objektif utama adalah memenangi liga," kata Valverde kepada pemberita hari ini. "Ia akan menjadi lebih menarik dapat melakukannya tanpa tewas sebarang perlawanan tetapi kami tahu ia sangat sukar sehingga tiada siapa yang pernah melakukannya.
"Ini peluang untuk kami tetapi jika kami lebih bimbang mengenai tidak tertewas berbanding memenangi liga, itu tidak baik.
"Ia motivasi, sudah tentu, tetapi memenangi dua gelaran adalah juga satu motivasi. Sekarang kami belum memenangi apa-apa, tapi esok kami boleh melangkah ke depan," ujarnya.