Skip to main content

Bola Sepak

Valverde: Kami perlu biarkan Messi bernafas sedikit

lionelmessi-cropped_1nq0o57vh21yx1o0rtrg5pn2wn-(1).jpg
BARCELONA 1 VALENCIA 0

Ernesto Valverde berkata Lionel Messi perlu dibenarkan bernafas di sebalik jangkaan tinggi terhadap bintang Barcelona itu.


Messi membuat bantuan gol bagi memastikan Barcelona meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama ke atas Valencia dalam separuh akhir Copa del Rey, awal pagi tadi, dengan mengumpan bola untuk rakan sepasukan, Luis Suarez, menyudahkannya.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu melambungkan bola ke arah kanan untuk Suarez menanduk masuk pada minit ke-67 di Camp Nou.

Bercakap mengenai Messi selepas perlawanan itu, jurulatih Barca, Valverde, memberitahu wartawan: "Ketika Messi bermain, semua orang mengharapkan banyak perkara daripadanya. 

"Kadang-kadang terlalu banyak menyebabkan kami harus membiarkan Messi sedikit bernafas.

"Memang benar dia pemain yang hebat seperti yang kita kerap katakan. Ia adalah aksi hebat melihatnya setiap hari."

Barca akan membawa kelebihan tipis ke Mestalla dan Valverde menambah: "Saya enggan mengatakan keputusan itu tidak buruk kerana saya fikir kami memenangi perlawanan.

"Memenangi perlawanan adalah sangat sukar dan kami melakukannya. Valencia tidak menjaringkan gol, jadi kami perlu berfikir bahawa 0-0 adalah baik untuk kami di Mestalla tetapi kami tidak akan pergi ke sana mencari seri. Kami akan ke sana untuk memenanginya."

Pemain baru dengan rekod perpindahan termahal kelab, Philippe Coutinho, memulakan perlawanan dari bangku simpanan apabila dia diperkenalkan setelah perlawanan hampir berlangsung sejam.

"Benar Coutinho bermain di tengah kerana kadang-kadang Messi suka bermain di sebelah kanan," kata Valverde. "Sekiranya ini berlaku, kami harus mengubahnya sedikit. Idea kami ialah Coutinho harus bermain di sisi, ketika Messi bermain di tengah, tapi dia boleh bermain di mana-mana.

"Benar Liverpool menggunakannya di sebelah kiri tetapi untuk Brazil dia bermain di sebelah kanan. Dia boleh menyesuaikan diri di mana-mana tempat di hadapan."

Sementara itu, bos Valencia, Marcelino, melontarkan pujian terhadap pasukannya berikutan usaha gigih mereka menentang peneraju LaLiga itu.

"Ini bukan keputusan yang baik tetapi kami berhak mendapat pujian untuk betapa banyak kami memberi saingan," katanya. "Pertemuan ini sangat sukar tetapi terbuka. Kami akan berjuang dengan kekuatan kami, nampaknya mustahil tetapi kami akan cuba menjadi wira.

"Mestalla akan membantu kami, peminat menyaksikan pasukannya bersaing. Saya fikir Barcelona hanya gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan di gelanggang luar, dan kami akan menjadi yang ketiga."

Advertisement

Must Watch Video