Ketua jurulatih baru, Ernesto Valverde, berharap dapat membawa gergasi LaLiga, Barcelona, ke tahap yang lebih tinggi.
Valverde kembali ke satu lagi bekas kelab yang dia pernah bermain, berhijrah dari Athletic Bilbao untuk mengambil alih tugas Luis Enrique sebagai jurulatih Barcelona di Camp Nou.
Enrique menamatkan tugasnya yang sarat dengan trofi menerusi kemenangan ke atas Alaves dalam perlawanan akhir Copa del Rey, Ahad lalu, tetapi Real Madrid menghalang Barca daripada memenangi gelaran LaLiga ketiga berturut-turut.
Barcelona, yang sekali lagi akan berdepan musuh ketatnya itu dalam liga musim depan tetapi telah menjadi kuasa dominan di Sepanyol sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjuarai liga dalam enam daripada sembilan musim terakhir.
"Ia adalah satu keistimewaan apabila datang ke sini. Saya berasa amat bertuah kerana kelab ini memanggil saya dan menawarkan saya kerja," kata Valverde kepada Barca TV sebelum majlis memperkenalkannya, esok.
"Saya amat teruja menuju ke peringkat baru dalam karier saya. Ia merupakan satu cabaran besar dan saya mempunyai niat untuk membuat Barca lebih hebat daripada apa yang sudah ada."
Valverde bermain di Barcelona selama dua tahun di antara 1988 dan 1990 tetapi sebahagian besarnya berkhidmat sebagai pemain skuad pada awal era "Pasukan Impian" Johan Cruyff.
"Ia adalah masa yang lama dahulu. Saya agak tua sekarang, saya sudah mempunyai rambut lebih kelabu sedikit," kata Valverde. "Saya mula berfikir tentang masa itu sekarang dan ini adalah era yang sama sekali berbeza.
"Sekarang saya lebih sedar apa yang dimaksudkan dengan mengambil langkah ini. Saya masih muda ketika itu. Saya membuat beberapa penghijrahan ke kelab-kelab di mana saya bermain dengan baik dan Barca juga."
Valverde juga menawarkan jaminan kepada peminat bahawa dia akan berusaha untuk memuaskan hati mereka dengan berpegang kepada gaya menghiburkan Barcelona di atas padang.
"Kami mahu peminat melihat pasukan yang komited di padang dan semua itu komitmen kepada penyokong," tambahnya.
"Saya mahu peminat terus menikmati apa yang mereka miliki dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam beberapa musim lalu, mereka menikmati pemain dan jurulatih hebat.
"Idea saya adalah untuk memastikan cara itu, dan untuk mereka menikmati perkara itu dengan lebih dan untuk mereka berbangga dengan pasukan."