Ernesto Valverde, Sergio Busquets dan Arturo Vidal menyelar layangan kad merah terhadap pertahanan Barcelona, Clement Lenglet, selepas ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) sehingga menyebabkan juara bertahan LaLiga itu diikat Girona 2-2.
Lenglet diperintah keluar padang dalam penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama Barca selepas bertembung dengan Pere Pons tatkala Cristhian Sutani menjaringkan dua gol untuk mengejutkan penyokong tuan rumah di Camp Nou.
Ulang tayang menyaksikan Lenglet telah menyiku Pons tetapi walaupun tandukan Gerard Pique membolehkan Barca meraih sekurang-kurangnya satu mata, Valverde selaku pengurus pasukan jelas tidak gembira dengan keputusan itu.
"Kad merah itu mengubah perlawanan," ujar Valverde.
"Sebelum kami dapat mengawal keadaan, mereka menyamakan kedudukan dan kami harus bangkit.
"Saya masih belum menonton ulang tayang di kaca televisyen. Tindakan menyiku menjadi kad merah buat pemain yang melakukan kesilapan dan meminta maaf.
"Saya rasa VAR patut hadirkan keadilan dan saya juga memikirkan bahawa ia tidak sepatutnya kad merah. Mungkin wujud sentuhan tetapi saya tidak rasa ia sesuatu yang agresif."
Pemain tengah, Busquets, mengakui wujud sentuhan di antara Lenglet dan Pons tetapi tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan pengadil, Jesus Gil Manzano.
"Selepas hukuman itu dilakukan, kami berdepan cabaran yang getir," katanya.
"Kami cuba, meraih keputusan seri dan berusaha mendapatkan kemenangan tetapi tanpa seorang pemain, ia sukar.
"Mungkin wujud sentuhan seperti yang anda boleh saksikan tetapi bola masih dalam permainan.
"Ia adalah gerakan badan secara semulajadi dan tidak agresif. VAR harus digunakan dengan betul dan kriteria yang sama."
Sementara itu, Arturo Vidal yang menjadi watak utama sewaktu Lionel Messi menyumbat gol pertama Barca, turut bersetuju dengan pandangan Valverde dan Busquets.
"Kami sangat sedih kerana kami layak menang," kata Vidal.
"Perkara seperti ini tidak boleh berlaku dalam perlawanan kerana ia menentukan keputusan.
"Kami menonton video dan saya rasa VAR patut membantu, bukan merosakkan," ujarnya.