Borja Valero menyertai Inter Milan apabila pemain tengah itu menyempurnakan perpindahan tidak direstui dari Fiorentina dengan nilai EUR7 juta (RM34 juta).
Valero berpindah ke San Siro semalam selepas melepasi pemeriksaan perubatan bersama kelab barunya itu dan penghijrahan pemain berusia 32 tahun itu sukar ditelan selepas lima tahun berkhidmat di La Viola.
Terdahulu, Fiorentina mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Valero selepas rakaman mesej pemain Sepanyol itu didedahkan dalam laman sosial.
Valero membidas kelab itu dan menuntut kelab itu mendedahkan perkara sebenar dalam sidang media sambil mendakwa seperti dihalau oleh kelab itu.
Inter, bagaimanapun, masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai Valero, namun Fiorentina telah mengumumkan perpindahannya.
Valero akan menggantikan Ever Banega di bahagian tengah di bawah bimbingan Luciano Spalletti manakala pemain sayap, Federico Bernardeschi, memilih Juventus selepas tampil cemerlang musim lalu.