Skip to main content

Bola Sepak

Valencia ikat Simone Zaza hingga hujung musim

zaza-snapped-up-by-valencia.jpg

Valencia telah menyempurnakan urusan pinjaman Simone Zaza dari Juventus dan mampu mengikat pemain itu secara sah hujung musim ini.

Penyerang antarabangsa Itali itu telah menghabiskan separuh musim di West Ham selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju meminjam pemain itu dari Juventus, namun dia gagal menyesuaikan diri di England sebelum kembali ke Turin.

Zaza pada awalnya telah dikaitkan dengan perpindahan ke Mestalla, namun pemecatan Cesare Prandelli pada awal musim menyekat perpindahan itu.

Namun, selepas perbincangan disambung semula tatkala Voro dilantik selaku pengendali, pemain berusia 25 tahun itu menyertai Valencia pada saat genting tatkala mereka hanya dibezakan empat mata daripada zon penyingkiran.

Satu kenyataan yang dimuat naik kelab itu menyatakan: "Valencia Club de Futbol telah menyempurnakan perpindahan Simone Zaza dari Juventus secara pinjaman hingga hujung musim ini.

Tweet 2

"Pemain itu telah lulus ujian kesihatan dan menandatangani kontrak pada Ahad. Perjanjian tersebut turut membenarkan Valencia mengikat Zaza secara sah hujung musim ini.

"Pemain itu akan dipersembahkan secara rasmi pada Isnin."

Advertisement

Must Watch Video