'Sesiapa ada agenda peribadi, sila ketepi,' itu yang disuarakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
Kecoh seantero Malaya apabila Peter Cklamovski diumum sebagai ketua jurulatih bola sepak negara.
Kehadiran Cklamovski dibebani harapan menggunung untuk merealisasikan projek berskala mega -- revolusi skuad Harimau Malaya.
Selepas mengharungi lima perlawanan, Cklamovski cemerlang merekodkan empat kemenangan, satu seri dan paling penting, tanpa sebarang kekalahan.
Cabaran Cklamovski bukan biasa-biasa -- pasukan handalan yang menghuni ranking lebih baik dari skuad negara, serta musuh tradisi jadi halangan namun, pengendali berusia 46 tahun itu, lulus ujian dengan cemerlang.
Nepal, Cape Verde, Vietnam, Singapura dan Palestin -- Harimau Malaya kekal utuh meskipun membariskan kesebelasan utama yang berbeza.
Tidak dinafikan, revolusi Harimau Malaya membuahkan pulangan positif serta merta, namun ada perkara yang berlaku di sebalik tabir yang menarik perhatian Cklamovski.
Selepas 268 hari duduk kerusi panas Harimau Malaya, Cklamovski dambakan persekitaran profesional dalam ekosistem bola sepak negara.
Dalam perkongsian bersama wartawan Karl Nunis, Cklamovski menuntut perubahan drastik di peringkat urus tadbir demi kelangsungan dan kecemerlangan skuad negara.
"Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat saya kawal berlaku dalam tampuk kepimpinan badan induk bola sepak negara," katanya.
"Apa yang boleh saya katakan adalah mereka perlu memberikan fokus kepada membuat keputusan berlandaskan kepada bola sepak berbanding agenda peribadi kerana sukan ini cukup kuat dalam komuniti di Malaysia.
"Seperti dalam perlawanan skuad B23 negara semalam, mereka berdepan perlawanan paling besar dalam karier mereka namun perlu meluangkan masa untuk bertemu individu yang tidak terlibat secara langsung.
"Itu merupakan satu tindakan yang tidak profesional, benarkan pemain-pemain ini memberikan tumpuan kepada jurulatih dan perlawanan.
"Beri tumpuan kepada keputusan demi bola sepak negara dan peningkatan Malaysia akan berhasil."
Peter Cklamovski inginkan persekitaran profesional dalam ekosistem bola sepak negara! ⚽???#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/5slARirGU9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 10, 2025