Kasper Dolberg tidak sepatutnya dibandingkan dengan Zlatan Ibrahimovic atau mana-mana nama besar Ajax yang lain dan dia harus memberi tumpuan menjadi bintang dengan sentuhannya yang tersendiri, menurut ketua jurulatih kelab Belanda itu, Peter Bosz.
Pemain remaja Denmark itu telah membuktikan kemampuannya bersama pasukan gergasi Amsterdam itu sejak dibawa masuk ke dalam skuad utama musim ini dengan menyumbang 16 gol dalam 29 penampilan dalam kancah Eredivisie.
Dengan Ajax kini bersedia berdepan dengan majikan Ibrahimovic, Manchester United, dalam perlawanan akhir Liga Europa, awal pagi esok -- walaupun Ibrahimovic tidak akan beraksi akibat kecederaan -- Bosz disoal mengenai perbandingan di antara kedua-dua pemain itu.
Bagaimanapun, pengurus Ajax itu percaya adalah tidak adil untuk membandingkan Dolberg dengan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu yang mengasah bakatnya selama tiga tahun di Amsterdam sebelum berpindah ke Juventus pada 2004.
"Saya tidak suka membanding-bandingkan pemain, tidak ada Ibra yang lain atau Dennis Bergkamp," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan.
"Dolberg adalah Dolberg, satu-satunya pemain dengan keperibadiannya. Saya benci pemain dibandingkan."
Mengenai apa yang boleh dicapai oleh Dolberg, Bosz berkata: "Apabila kami memulakan musim ini, dia adalah seorang pemain daripada skuad bawah 19 dan semasa pra-musim, Ajax memaklumkan kepada saya 'kita lihat budak ini'.
"Jika saya menurunkannya esok, dia akan beraksi dalam perlawanan akhir Liga Europa dan dia masih berusia 19 tahun.
"Dia mempunyai potensi, bakat yang besar."