Skip to main content

Bola Sepak

Uruguay sedia hadapi ancaman Mbappe

griezmannmbappe.jpg
Uruguay perlu sentiasa berjaga-jaga bagi menghentikan jentera serangan Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia, esok.

Les Bleus mengetepikan aksi hambar dalam saingan peringkat kumpulan selepas melakar kemenangan 4-3 ke atas Argentina dalam pusingan 16, dengan dua gol daripada Kylian Mbappe meranapkan impian Lionel Messi untuk bergelar juara dunia di Russia.

Mbappe dijangka berdepan liku berbeza dengan pertahanan yang diketuai oleh Diego Godin dan Jose Gimenez sementara Antoine Griezmann menyedari kualiti yang dimiliki oleh benteng terakhir Atletico Madrid itu.

"Perancis memiliki pemain yang penting, terutama di jentera serangan -- mereka sangat pantas," kata pemain tengah Uruguay, Lucas Torreira.

"Kami perlu bijak dan menutup ruang dalam perlawanan ini.

Torreira menyerlah sepanjang saingan Piala Dunia kali ini dan pemain berusia 22 tahun itu memberikan pujian kepada ketua jurulatih, Oscar Tabarez.

"Tabarez bukan sahaja jurulatih pasukan tetapi beliau merupakan guru dan sentiasa memberikan nasihat," katanya lagi.

"Beliau memberikan kami keyakinan untuk tampil beraksi.

"Walaupun saya masih lagi baru dalam saingan Piala Dunia, saya yakin dengan persembahan saya. Kepercayaan yang diberikan kepada pemain-pemain oleh Tabarez membenarkan kami tenang di atas padang."

Advertisement

Must Watch Video