Bekas kapten Manchester United, Wayne Rooney, berpendapat skuad The Red Devils itu perlu mengekalkan khidmat Anthony Martial tatkala dia sedang mengintai peluang untuk meninggalkan Old Trafford.
Martial bersedia untuk meninggalkan United selepas ejennya mendedahkan bulan lalu bahawa pemain berusia 22 tahun itu mahu mendapatkan waktu bermain yang lebih kerap.
Dia dikaitkan dengan Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG). Kini, dia tampak semakin kecewa selepas terlepas tempat kepada Alexis Sanchez yang tiba di Old Trafford, Januari lalu.
Tatkala Martial dilihat bergelut dengan prestasi, Rooney yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat United percaya bekas majikannya itu tidak bersedia untuk melepaskan kualiti yang dimiliki Martial.
"Saya rasa Martial mempuunyai kebolehan yang menarik tetapi bagaimana untuk mendapatkan prestasi terbaiknya?" ujar Rooney.
"Berdasarkan apa yang saya kenali tentang Martial, saya rasa anda mampu mendapatkan persembahan terbaiknya. Kadangkala sukar untuk mengenalinya lebih dekat kerana perwatakannya.
"Namun, saya rasa jika anda sudah mengenali dirinya, anda hanya perlu cuba membuatkannya gembira."
Sejak tiba di Old Trafford pada 2015, Martial telah menjaringkan 36 gol serta 136 penampilan.