Marcus Rashford mengekalkan perwatakan tenangnya selepas menjaringkan gol kemenangan Manchester United ketika membenam PSG 3-1 di Paris awal pagi tadi sambil berkata pasukannya itu sudah biasa dengan situasi bergelut sedemikian.
United turun ke Parc Des Princes dengan misi mustahil selepas tewas 0-2 dalam perlawanan pertama pusingan 16 di Old Trafford dengan perancang pasukan, Paul Pogba, turut digantung perlawanan selepas mendapat kad merah dalam perlawanan itu.
Bagaimanapun, dua jaringan Romelu Lukaku gara-gara kesilapan Thilo Kehrer and Gianluigi Buffon dalam babak pertama kembali menyemarakkan impian United walaupun Juan Bernat menjaringkan gol tunggal PSG.
PSG, seakan-akan hampir pasti ke suku akhir sebelum keputusan sistem video bantuan pengadil (VAR) memusnahkan hasrat itu dalam waktu kecederaan dengan insiden bola terkena tangan Presnel Kimpembe membuka peluang untuk Rashford memastikan kebangkitan bersejarah United.
Tidak ada pasukan pernah bangkit dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas ketinggalan dua gol di laman sendiri dalam perlawanan pertama, namun Rashford memastikan United menongkah kebiasaan itu.
"Segalanya tidak berpihak kepada kami, namun seperti yang Romelu katakan, kami sudah biasa bergelut seperti ini," katanya kepada BT Sport.
"Kami membuktikannya sekali lagi, kami masih mampu berkembang, ia sudah pasti dan kami akan terus mencabar diri."
United bermula dengan meletakkan Lukaku dan Rashford di bahagian serangan, dengan barisan awal skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kelihatan positif walaupun mengalami krisis kecederaan yang serius.
Bagi Lukaku, dia sentiasa berkeyakinan gandingan mereka itu mampu mendatangkan bahaya buat lawan.
"Ia amat bagus," tambahnya.
"Kami amat berkeyakinan sebelum perlawanan bermula.
"Saya dan Marcus telah digandingkan ketika menentang Southampton sebelum ini.
"Kami tahu kami mampu melakukan tugas ini dan saya sentiasa berbangga untuk beraksi di sampingnya.
"Kedua-dua kami menjaringkan gol, jadi saya amat gembira.
"Kami perlu sentiasa melakukannya. Persaingan itu bermula dalam sesi latihan.
"Kami berdua bangkit dengan hebat dalam sesi latihan.
"Ia sememangnya sifat kami, kami akan terus berjuang hingga ke wisel penamat," katanya lagi.