PIALA FA
United pilihan juara Piala FA -- Conte
Antonio Conte tidak menyifatkan Chelsea sebagai pasukan pilihan dalam aksi final Piala FA berdepan Manchester United.
Jaringan daripada Olivier Giroud dan Alvaro Morata melengkapkan kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Southampton dalam aksi separuh akhir di Wembley, semalam.
United menewaskan Tottenham 2-1 pada Sabtu lalu dan Conte -- bersama pasukannya tewas kepada Arsenal musim lalu -- menyifatkan The Red Devils adalah pilihan untuk muncul juara.
Iklan
"Ia akan menjadi satu cabaran yang sukar," kata Conte.
"Kami mula bermain dalam aksi final sebagai pilihan, saya melihat musim ini kami tidak lagi memegang status itu. Tetapi kami akan cuba mengubah jangkaan itu."
Selepas separuh masa pertama yang mengecewakan, Giroud meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-46.
Conte mengubah percaturan dengan memasukkan Morata bagi menggantikan Giroud -- perubahan itu membuahkan hasil selepas Morata hanya memerlukan 88 saat di atas padang untuk menjaringkan gol, sekali gus menyaksikan Chelsea ke final Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
"Final Piala FA. Ia adalah satu cabaran yang sukar untuk kami, kejohanan yang sangat penting di England.
"Saya berpuas hati, terutama sekali dengan penyokong, kerana mereka telah membantu kami mencapai ke tahap ini.
"Kami akan cuba menamatkan musim dengan baik, kemudian memikirkan mengenai aksi final."
Must-Watch Video