Skip to main content

Bola Sepak

United mampu tawan UCL -- Young

ashley-young.jpg
Ashley Young percaya Manchester United mampu mendominasi Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Barisan kendalian Jose Mourinho itu yang masih segar dengan kejayaan membenam Huddersfield Town dalam Piala FA, akan ke Sevilla untuk pertemuan pertama pusingan 16, awal pagi esok. 

Walaupun United tidak dianggap pasukan pilihan, Young percaya mereka mampu menjayakannya. 

"Sudah tentu (kami boleh memenangi UCL)," katanya.

"Anda tidak menyertai pertandingan untuk tidak memenanginya. Itulah yang kami cuba lakukan dan bawa dalam setiap perlawanan.

"Perlawanan seterusnya adalah menentang Sevilla, sama seperti pertemuan sukar dengan Huddersfield dan Newcastle United di tempat lawan, kami hanya perlu menumpukan perhatian kepada diri sendiri."

Dua gol Romelu Lukaku membantu United menjamin tempat dalam suku akhir Piala FA.

Pemain antarabangsa Belgium itu merekodkan 21 gol dalam musim pertamanya di Old Trafford, justeru Young memuji pemain berusia 24 tahun berkenaan. 

"Adalah penting untuk memiliki seorang penyerang yang berbisa. Permainannya yang mantap, sangat hebat di Huddersfield dan dia melakukannya sepanjang musim ini," kata Young.

"Dia menyumbat gol dan apabila penyerang mampu memegang bola dan berbahaya dalam kawasan penalti, ia sesuatu yang hebat. 

"Anda dapat saksikan gandingan di antara mereka, Alexis (Sanchez) menyusup ke dalam dan Lukaku menghidunya, mereka bekerjasama dengan baik setakat ini."
 

Advertisement

Must Watch Video