Skip to main content

Bola Sepak

United Malaysia penuhi impian ahli ke Old Trafford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchesterunited_1.jpg
Kelab penyokong Manchester United Malaysia, United Malaysia, merealisasikan impian ahlinya untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan itu di Old Trafford, Manchester apabila tujuh pemenang bertuah terpilih ke 'Theater Of Dreams' itu, musim depan.

Tujuh individu bertuah itu ialah Muhammad Faizul M. Mustapa, Suresh Ragaran, May Salitah Naru Kiob, Roland Sumandai Pilah, Richard Wong Chee Min, Logeswaran Anulagan dan Willie Jude Junaidi.

Kesemua mereka menerima hadiah paling istimewa dalam hidup mereka itu dalam majlis makan malam tahunan United Malaysia yang berlangsung di Dewan Hakka, di Kota Kinabalu, malam tadi.

Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam, berkata tujuan utama penubuhan kelab berkenaan adalah untuk merealisasikan impian ahlinya menikmati sendiri kehangatan serta keseronokan menyaksikan perlawanan di Old Trafford.

Menurut Batholomew, peluang yang diberikan menerusi cabutan bertuah itu adalah kerana sumbangan dan dedikasi mereka kepada kelab penyokong itu sejak ditubuhkan kira-kira tujuh tahun lalu.

"Objektif utama adalah untuk mengumpul semua penyokong Manchester United bukan hanya di Sabah tetapi di Malaysia.

"Menerusi penubuhan kelab ini juga, kami memberi peluang kepada ahli-ahli untuk pergi ke Old Trafford dan menonton pasukan Manchester United bermain. Sejak tujuh tahun lalu, kami telah menerbangkan lebih 400 ahli pergi ke Old Trafford," katanya.

Advertisement

Must Watch Video