Bekas pemain Pahang, Azamuddin Akil, menyeru penyokong terus bersemangat untuk turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi final Unifi Piala Malaysia antara Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), 12 April depan.
Enggan memikirkan mengenai isu dalaman yang menghimpit kelab kesayangannya itu, Azamuddin berharap perkara berkenaan tidak melunturkan motivasi barisan pemain dan juga penyokong untuk terus menghangatkan lagi aksi final.
Dia yang pernah memenangi kejuaraan Piala Malaysia bersama Pahang pada musim 2013 dan 2014 tetap positif berkenaan masa depan kelab itu pada musim hadapan dan ingin melihat perlawanan final pada 12 April depan akan menjadi pertarungan yang tetap diingati oleh seluruh penyokong.
“Pendapat saya, barisan pemain diharapkan dapat meneruskan fokus mereka untuk aksi final pada 12 April ini dan berkenaan pembubaran pasukan ini pada musim depan, seeloknya serahkan sahaja kepada pihak pengurusan.
“Saya tetap positif dengan masa depan kelab ini sebab kita tahu semua rakyat Pahang menyayangi pasukan ini dan kalau tiada Sri Pahang, ia akan jadi kehilangan yang besar.
“Jadi saya tetap berharap perlawanan final itu nanti akan menjadi aksi yang diingati dan saya menyeru kepada semua penyokong untuk tetap hadir ke stadium sokong pasukan Sri Pahang.
“Kalau kemungkinan kelab ini tetap bubar, sekurang-kurangnya kita jadikanlah perlawanan final ini nanti sebagai satu kenangan manis untuk kita semua yang sayangkan pasukan Sri Pahang,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Azamuddin merupakan bekas pemain kelahiran Pahang yang tidak asing lagi dalam pasukan ini terutama apabila dia pernah memenangi kejuaraan Piala Malaysia bersama Sri Pahang pada musim 2013 dan kejuaraan berganda Piala FA dan Piala Malaysia pada 2014.