Skip to main content

Bola Sepak

Undian bola sepak Sukan Asia perlu ikut prosedur, tegas AFC

afc-windsor-paul.jpg
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjelaskan undian semula acara bola sepak Sukan Asia perlu dilakukan memandangkan Emiriah Arab Emiriah (UAE) dan Palestin yang tercicir daripada proses undian pada 5 Julai lalu telah menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, berkata UAE dan Palestin ada hak membawa isu itu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) sekiranya Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) enggan melakukan undian semula.

Sehubungan itu, Majlis Olimpik Asia (OCA) dan INASGOC tiada pilihan lain, termasuk mengadakan undian terhad, berikutan kedua-dua pasukan mempunyai kedudukan ranking yang baik dalam Sukan Asia.

Namun, segala keputusan muktamad terletak di tangan INASGOC dengan undian semula dijadualkan pada petang Rabu ini.

"Pasukan-pasukan ini didaftarkan sebelum tarikh tutup. 

"Peraturan mengatakan semua pasukan yang mendaftar perlu diundi. Ia bukan satu perkara yang susah difahami. 

"Jika 26 pasukan didaftarkan dan mengikut peraturan Sukan Asia, pengundian perlu dijalankan mengikut ranking, " kata Setiausaha Agung AFC itu. 

Mengenai rungutan kebanyakan negara yang kecewa keputusan undian semula akan merosakkan perancangan perlawanan persahabatan, termasuk Malaysia, mereka boleh membuat aduan kepada OCA.

Bagaimanapun, AFC selaku penasihat teknikal acara bola sepak Sukan Asia telah mengikut garis panduan ditetapkan demi keadilan semua pasukan bertanding.

"Ini tertakluk kepada pihak INASGOC dan OCA untuk menyelesaikan bantahan tersebut. 

"Buat masa ini, AFC cuma diminta oleh OCA untuk mengadakan undian semula," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video