Skip to main content

Bola Sepak

Umtiti mahu bergabung dengan Dembele di Barca

samuel-umtiti-070617_1.jpg
Samuel Umtiti berkata dia akan mengalu-alukan kehadiran bintang Borussia Dortmund, Ousmane Dembele, dengan tangan terbuka seandainya rakan senegaranya itu memilih untuk berpindah ke Barcelona.

Dembele semakin kuat dikaitkan ke Camp Nou sejak musim lalu, sebelum memilih menyertai Dortmund kerana peluang lebih cerah beraksi dalam kesebelasan utama di Signal Iduna Park.

Pemain berusia 20 tahun itu pantas menjadi watak utama di Jerman menerusi 10 jaringan dalam 49 penampilan, dan laporan mendakwa Barcelona terus memantau khidmatnya. 

"Saya tahu Barcelona meminatinya," kata Umtiti kepada L'Equipe.

"Begitupun, semua pihak perlu mencapai persetujuan. Dia akan membawa makna besar kepada Barcelona menerusi kualiti dan kemampuannya. 

"Saya hanya akan bercakap dengannya mengenai perkara ini sekiranya sudah rasmi. 

"Barcelona meminatinya sejak setahun lalu dan dia sedar apa yang dijangkakan. Kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."






 

Advertisement

Must Watch Video