Skip to main content

Bola Sepak

Umtiti gembira bersama Barcelona

samuelumtiti.jpg
Samuel Umtiti menyedari minat daripada Manchester United dan kelab lain di Eropah tetapi pertahanan Barcelona itu menjelaskan dia gembira bersama pendahulu LaLiga itu.

Umtiti dipercayai menjadi sasaran utama Jose Mourinho dan United selepas pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan mahu mendapatkan kontrak baru bersama Barca.

Ditanyakan mengenai perpindahan ke United, Umtiti – yang mendedahkan perbincangan mengenai kontrak baru bersama Barca masih belum dijalankan, berkata: "Terdapat minat daripada beberapa kelab tetapi saya masih mempunyai objektif yang belum tercapai bersama Barcelona.

"Buat masa ini, saya gembira bersama Barca.

"Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai masa depan saya. Saya berharap dapat melanjutkan kontrak untuk terus bersaing di Catalan," katanya.

Klausa perpindahan Umtiti dijangkan bernilai EURO60juta (RM285 juta), menjadikan dirinya sasaran utama beberapa gergasi Eropah.

"Klausa perpindahan ini tidak bermakna apa-apa, semua orang menyedari mengenainya.

"Saya hanya berminat untuk beraksi dan menikmati setiap saat di atas padang."

Umtiti beraksi dalam 22 perlawanan LaLiga bersama Barca, 34 secara keseluruhan dan bakal menghadapi aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Roma.
 

Advertisement

Must Watch Video