Pasukan UiTM FC mempunyai tugas getir apabila berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat malam ini untuk menghidupkan kembali peluang dalam saingan Piala Malaysia.
Selepas dua perlawanan dalam saingan Piala Malaysia, UiTM masih gagal mengutip sebarang mata, sekaligus terperosok di dasar Kumpulan C.
Jurulatih UiTM, Wan Mustaffa Wan Ismail, menggesa anak buahnya bangkit untuk mencapai misi mengutip tiga mata di gelanggang lawan.
Ia bukan satu misi yang mudah kerana Wan Mustaffa terpaksa merehatkan beberapa tonggak utama seperti ketua pasukan, Afif Asyraf, Dong Do-hyun dan Muhd Ilham Yusoff.
"Walau betapa letih sekalipun, pemain perlu bertungkus-lumus dan menimba seberapa banyak pengalaman memberikan saingan dalam Piala Malaysia," katanya.
Sebagai pasukan kerdil, mereka mengakui jadual padat dalam saingan liga tempatan mula memberi kesan terhadap fizikal pemain-pemain.
Jika dihitung, UiTM sudah beraksi empat perlawanan dalam tempoh 19 hari, termasuk saingan Piala Malaysia dan Liga Perdana.
Justeru, Wan Mustaffa sudah bersedia dengan senario ini dengan menggunakan sistem penggiliran pemain dalam pasukannya.
"Kami sudah bersedia sejak awal musim, ada beberapa pemain memang dilatih untuk mengambil alih tempat.
"Saya yakin mereka mampu."