UITM FC mempamerkan satu lagi aksi bertenaga untuk mengutip tiga mata dalam saingan Liga Perdana selepas menewaskan PDRM 4-3 di Shah Alam, hari ini.
Susulan kejayaan layak ke Piala Malaysia musim ini, UITM umpama disuntik semangat baru.
UITM membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi pemain import, Do Donghyun, yang menanduk masuk hantaran Muhamad Afif Asraf.
Selang beberapa minit, Muhammad Izman Solehin meletakkan UITM di depan dengan dua gol selepas menyempurnakan hantaran sepakan percuma Donghyun.
Walaupun tersentak, PDRM cuba bangkit dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu UITM.
Hasilnya, skuad Sang Saka Biru dianugerahkan sepakan penalti pada lewat babak pertama selepas kapten, Safuwan Baharuddin, dijatuhkan Muhammad Shazlan Abu Samah.
Penalti itu disempurnakan Dao Bakary bagi menghidupkan peluang kebangkitan PDRM dalam babak kedua.
PDRM terus kekal dengan corak agresif dan hasilnya, Safuwan bijak memanfaatkannya untuk gol penyamaan.
Bagaimanapun, dua minit berselang, tuan rumah kembali di depan dengan Donghyun memperoleh jaringan peribadi kedua.
Ini diikuti jaringan seorang lagi tonggak import UITM, Akanni Sunday, lantas meletakkan pasukannya selesa dengan kedudukan 4-2
Enggan mengalah, PDRM merapatkan jurang dengan Safuwan memperoleh jaringan ketiga menerusi sepakan percuma pada minit ke-65.
Meskipun pelawat mengasak memburu penyamaan kedudukan 4-3 kekal hingga wisel penamat.
Pengurus UITM, Mustaza Ahmad, nyata berpuas hati dengan prestasi pemain:"Saya sangat berpuas hati, pemain beraksi dengan bersungguh-sungguh dan mereka mengikut segala taktikal diterapkan barisan jurulatih."
Sementara itu, pengendali PDRM, Fauzi Pilus, mengakui anak buahnya harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan ini.
"Kami terima kekalahan ini tetapi pada masa sama menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang yang hadir.
"Kami juga dihukum dengan corak serangan balas UITM," ujarnya.