Skip to main content

Bola Sepak

UEFA tetapkan peraturan lima tahun bayaran penuh perpindahan

mykhailo-mudryk.jpg
Chelsea dan kelab Eropah yang lain tidak lagi berpeluang menawarkan kontrak awal melebihi lima tahun kepada pemain selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memperkemaskan terbabit. 

The Blues telah menandatangani beberapa pemain dengan perjanjian jangka masa panjang dalam dua jendela perpindahan terakhir termasuk menyerahkan kontrak lapan setengah tahun kepada Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk pada Januari lalu. 

Yuran perpindahan itu kemudiannya diagihkan sepanjang kontrak mereka dan ini bermakna semakin lama, semakin kecil bayaran tahunan yang akan dicatatkan pada akaun kelab.

Sebagai contoh, yuran £100 juta (RM589.3j) perlu dilunaskan adalah sebanyak £20j (RM117.8j) setahun sepanjang tempoh lima tahun, tetapi hakikatnya ia hanya berjumlah £12.5j (RM73.6j) setahun jika sesuatu perjanjian itu mencapai lapan tahun.

Biarpun tiada sebarang peraturan -- yang bakal berkuat kuasa mulai bulan depan -- untuk mengekang kelab daripada memanipulasi kos itu, namun langkah menghadkan kontrak ini mampu mengelak ia daripada menjadi krisis kewangan. 

Kelab masih dibenarnya menandatangani pemain untuk kontrak yang lebih lama andai persatuan kebangsaan mereka membenarkannya tetapi kos yuran perpindahannya harus dilunaskan dalam tempoh lima tahun pertama melainkan melibatkan pembaharuan kontrak.


UEFA berkata peraturan baharu itu tidak akan terpakai kepada perjanjian yang telah dibuat tetapi berikrar untuk "memastikan layanan sama rata selain meningkatkan kemampanan kewangan semua kelab".

 
Badan induk bola sepak Eropah itu juga menghalang kelab daripada berpakat menaikkan nilai pemain bagi tujuan perakaunan.

Ia berikutan skandal keuntungan modal yang melibatkan kelab di Itali yang menyebabkan seluruh ahli lembaga Juventus meletak jawatan pada November tahun lalu. 

Lantas, kelab kini perlu menilai sama ada sesebuah urus niaga itu dikira sebagai pertukaran dan perlu diambil kira piawaian antarabangsa. 

Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IAS) 38 menyatakan bahawa jika sukar untuk menentukan nilai sebenar pemain, maka keuntungan daripada jualan itu tidak boleh diiktiraf.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video