Nicolas Anelka melontarkan amaran bahawa hari-hari yang lebih mengecewakan buat Paris Saint-Germain (PSG) mungkin boleh terjadi pada masa depan selepas mereka tercicir mata ketika menentang Club Brugge sekalipun mempertaruhkan Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam kesebelasan utama.
Keputusan seri 1-1 di Belgium itu selain diburukkan dengan kecederaan pergelangan kaki yang dialami oleh Mbappe lalu memaksa jaguh Perancis berkenaan mengetepikannya pada awal separuh masa kedua.
PSG tewas 9-16 kepada Club Brugge daripada segi percubaan dengan Messi memiliki tiga kesempatan tetapi gagal membuktikan keajaibannya dalam penampilan ke-150 Liga Juara-Juara (UCL) itu untuk melewati rekod jaringan ke-121 kejohanan berkenaan.
Messi belum pernah berdepan kelab Belgium dalam UCL meskipun sudah merobek gawang kelab dari 17 negara yang berbeza. Peluang terbaiknya hadir ketika percubaan menggegar palang pada minit ke-29.
Neymar pula langsung gagal melepaskan sebarang percubaan sementara Mbappe hanya mempunyai satu peluang sebelum dikeluarkan.
"Ini adalah PSG yang kami tidak mahu lihat," kata Anelka ketika bercakap dengan penyiar Perancis, RMC Sport.
"Lansung tiada ancaman kecuali 15 minit pertama. Selain itu, aksi mereka kurang keamatan. Kita tidak melihat sebarang gerakan berbahaya sama sekali, ia lebih merumitkan keadaan."
Tiga penyerang serangkai itu mungkin memerlukan masa untuk membentuk gandingan berbisa memandangkan baru disatukan, tetapi pengurus PSG, Mauricio Pochettino, berharap dapat mengembalikan PSG ke landasan kemenangan.

Manchester City akan berkunjung ke Paris pada 29 September depan dan Anelka sangsi dengan prospek kelab Perancis itu untuk menguasai dua kedudukan teratas Kumpulan A.
"Sekiranya mereka beraksi seperti itu, tidak mungkin," kata bekas penyerang PSG dan City itu lagi.
Begitupun, Pochettino melihat prestasi pasukannya berbeza dari sudut pandangan Anelka.
"Masalahnya hari ini bukan mengenai tiga penyerang kami," kata Pochettino.
"Kami hanya perlu lebih mantap di kedua-dua belah kotak penalti tetapi saya gembira dengan prestasi pertahanan dan penyerang kami."
Pengurus PSG itu juga mempertahankan prestasi Messi dengan menawarkan penjelasan mengenai bekas kapten Barcelona tersebut: "Apabila tidak menang, orang berusaha memberi tumpuan pada aspek yang kurang positif.
"Tetapi saya gembira dengan penampilannya daripada segi semangat dan sikapnya selain usahanya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan. Jelas bahawa tiada antara kami yang gembira hari ini kerana di PSG, kami mahu memenangi setiap perlawanan dan beraksi dengan baik."