Ralf Rangnick kecewa dengan persembahan pasukannya dalam separuh masa pertama perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid awal pagi tadi sambil menggesa pemain Manchester United menjadikan Anthony Elanga sebagai contoh.
Pemain remaja itu menjaringkan gol kemenangan hanya lima minit selepas dimasukkan dalam perlawanan timbal balik pertama itu di Wanda Metropolitano -- juga menerusi percubaan tepat pertamanya ke atas juara bertahan LaLiga berkenaan.
United beraksi hambar dalam separuh masa pertama walaupun Atletico hanya dapat melakukan satu percubaan tepat, di mana Joao Felix membuka jaringan pada minit ketujuh dan percubaan Marcos Llorente terkena palang sebelum ke bilik persalinan.
Gol penyamaan Elanga pada minit ke-80 itu juga merupakan jaringan ke-500 United dalam Piala Eropah/UCL dan pada usia 19 tahun dan 302 hari, dia menjadi pemain termuda kelab itu menjaringkan gol dalam pusingan kalah mati kejohanan Eropah berkenaan.
"Dia bermain seperti ia satu impian menjadi kenyataan, amat menghiburkan untuk melihat dia bermain. Saya harap beberapa pemain dapat menjadikannya sebagai contoh, hampir seperti suri teladan," jawab Rangnick kepada BT Sport ketika ditanya mengenai Elanga.
"Ia bukan kerana dia melakukan semua perkara dengan betul, ia kerana dia menikmati aksinya di atas padang dan tahu apa sebenarnya erti bola sepak.
"Bola sepak adalah sukan bola, anda perlu menikmati permainan anda di atas padang. Inilah yang saya bayangkan menjelang perlawanan akan datang kami dengan Atletico dalam beberapa minggu ini," katanya.
Bagaimanapun, Rangnick tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya sepanjang babak pertama perlawanan itu.
Dia menambah: "Selepas persembahan yang kami pamerkan dalam babak pertama, ia boleh menjadi lebih baik.
"Saya masih tidak percaya dengan apa yang kami lakukan, kami bermain tanpa keyakinan, semua aksi agresif yang sepatutnya ada tanpa bola.
"Dalam babak kedua, kami lebih menguasai permainan di tempat yang sepatutnya.
"Seandainya kami dapat bermain untuk 10 minit lagi, kami mungkin dapat memenangi perlawanan ini.
"Ketika mengejar bola atau ketika memiliki bola, kami berasa was-was. Kami tidak mengambil risiko ketika memiliki bola, hanya memainkannya di kawasan kami tanpa ada larian-larian menyilang.
"Ia sukar untuk menentang pasukan seperti Atletico. Ia gol yang saya boleh katakan sukar untuk dielakkan tetapi kami perlu lebih agresif, bermain dengan lebih yakin dan melakukan apa yang telah kami lakukan sepanjang beberapa mingu lalu," katanya lagi.

500 - Anthony Elanga's goal was @ManUtd’s 500th in the European Cup/UEFA Champions League, a tally bettered by only Real Madrid (1001), Bayern München (760) and Barcelona (624). Giants. pic.twitter.com/emyJNl2isf
— OptaJoe (@OptaJoe) February 23, 2022