UCL
UCL: PSG mula nikmati DNA Luis Enrique
Luis Enrique secara senyap-senyap membentuk semula DNA Paris Saint-Germain (PSG) apabila bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Arsenal.
Pengurus PSG itu, yang pernah memacu Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol, telah memperkenalkan falsafah tersendiri di ibu negara Perancis berkenaan bahawa tiada individu mendahului pasukan.
PSG mendapati diri mereka di ambang ke final UCL berbekalkan kelebihan 1-0 di Stadium Emirates minggu lalu menjelang pertemuan di Parc des Princes, awal pagi Khamis, menerusi satu persembahan disiplin kolektif yang mengagumkan.
Iklan
Enrique tiba di PSG musim lalu dengan pesanan ringkas tetapi tegas: 'Tiada pemain yang lebih menonjol'.
Dan di sebuah kelab yang sinonim dengan pemain bintang menerusi kelibat Zlatan Ibrahimovic dan Neymar kepada Lionel Messi dan Kylian Mbappe -- keengganannya untuk membina pasukan berdasarkan individu mengundang kegusarannya terutama ketika pasukan itu bergelut di peringkat awal kempen.
“Anda tidak akan fahaminya,” sindirnya ketika dosoal mengenai taktikalnya dalam fasa liga.Preparing for Wednesday 😤#UCL pic.twitter.com/VDOt5XHzYl— Paris Saint-Germain (@PSG_English) May 5, 2025
Rentetan persembahan yang kurang meyakinkan di peringkat awal sempat mengundangkan persoalan sama ada falsafah Luis Enrique mampu berjaya di kelab tatkala kuasa bintang sering membayangi perpaduan taktikal kelab itu.
Namun, beberapa bulan kemudian, pendekatannya kelihatan berhasil dengan PSG telah berkembang menjadi sebuah satu pasukan yang paling padu dan berdisiplin taktikal di Eropah musim ini.
Must-Watch Video