Presnel Kimpembe menggunakan pembesar suara untuk membuat rayuan kepada penyokong Paris Saint-Germain (PSG) dalam kekalahan 1-3 di Monaco, awal pagi tadi.
Pemain berusia 27 tahun itu beraksi dalam 10 minit terakhir di Stade Louis II ketika prestasi mengecewakan PSG berdepan Les Monegasques berterusan, secara tidak langsung mengekori rapat pendahulu Ligue 1 berkenaan.
Pasukan bimbingan Christophe Galtier itu kini tewas tiga daripada tujuh perlawanan liga mereka sejak Tahun Baru untuk menyamai rekod 45 perlawanan liga terdahulu.
PSG turut disingkirkan oleh musuh ketat, Marseille, dalam Coupe de France di pertengahan minggu ini.
Ia meningkatkan tekanan mereka menjelang perlawanan getir pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Bayern Munich, awal pagi Rabu ini.
Ketika ketegangan kian memuncak di tempat duduk penyokong pelawat, tiada pemain PSG yang berani melewati ke arah berkenaan sebaik wisel penamat melainkan Kimpembe.

Pertahanan tengah itu diberikan megafon dan berucap di hadapan penyokong yang masih mencemuhnya dengan melaungkan: "Kami akan memerlukan kamu semua. Kami memerlukan kamu; kami memerlukan semua penyokong.
"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah terima kasih kerana datang. Kami akan berkumpul semula di bilik persalinan dan melakukan perkara dengan betul. Kami tahu kami akan bangkit semula."
Ditanya di zon temu bual berkenaan reaksinya itu, Kimpembe memberitahu pemberita: "Ia perlu. Ia situasi sukar buat mereka.
"Kami tahu bahawa mereka menyokong kami. Mereka datang memberikan sokongan. Mereka juga mengeluarkan kos. Tindakan yang setidak-tidaknya mampu kami tawarkan adalah dengan berdepan mereka."