Benfica tidak gentar dengan cabaran yang menanti mereka dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool, menurut pemain tengah kelab Portugal itu, Adel Taarabt.
Liverpool bakal turun dalam pertemuan pertama di Estadio da Luz itu awal pagi esok sebagai pasukan pilihan memandangkan telah memenangi 16 daripada 17 perlawanan terakhir.
The Reds juga menang keempat-empat perlawanan di tempat lawan dalam pertandingan utama Eropah itu musim ini dan hanya sekali, iaitu ketika di bawah bimbingan Joe Fagan mereka pernah memenangi lima rentetan perlawanan sekitar tahun 1983 dan 1984.
Tetapi setelah menamatkan saingan di atas Barcelona di peringkat kumpulan sebelum menyingkirkan pasukan yang di kemuncak prestasi, Ajax dalam pusingan pertama kalah mati, Taarabt tidak gentar dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Sudah tentu kami mampu menyaingi mereka," kata Taarabt dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi.
“Saya rasa kami boleh melakukannya.
"Mereka adalah pasukan yang perlu kami hormati tetapi kami tidak takut dengan mereka. Kami sedar kualiti dengan mereka dan berharap untuk berada di tahap terbaik kami."

Walaupun Liverpool mungkin berada dalam prestasi yang baik, tiga kali sempat Benfica pernah menyekat laluan mereka dan terbaru menerusi Liga Europa pada musim 2009-10.
The Reds di bawah era Jurgen Klopp sedang mengintai trofi EPL, UCL dan Piala FA selain Piala Liga Inggeris (EFL) yang dimenangi dua bulan lalu.
Taarabt, yang menghabiskan tujuh tahun dalam kancah EPL bersama Tottenham, QPR dan Fulham, menjangkakan lawan yang bakal dihadapi itu sebuah pasukan yang stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Pasukan ini telah beraksi bersama selama empat atau lima tahun,” katanya.
"Mereka mempunyai banyak dinamik dan beraksi dengan baik. Mereka juga sangat tekal.
"Ramai pemain yang keluar masuk tetapi mereka tetap sebuah pasukan yang sangat mantap."