UCL
UCL: Barcelona kecewa disingkirkan Inter secara dramatik
INTER 4 BARCELONA 3
(Inter mara dengan agregat 7-6)
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, meluahkan kekecewaannya selepas anak buahnya terkandas dalam separuh Liga Juara-Juara (UCL) apabila tumpas 6-7 secara agregat di tangan Inter, sebentar tadi, sambil menyuarakan kekecewaannya dengan menyifatkanya sebagai satu keputusan yang 'tidak adil' termasuk beberapa keputusan pengadil yang pada pendapatnya memihak Nerazzurri.
"Kami semua kecewa, kerana kami mengerah begitu banyak kudrat dalam permainan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Iklan
"Kira-kira 50-50 keputusan semuanya mengikut kehendak Inter tetapi begitulah keadaannya. Saya bangga dengan pasukan saya, saya fikir keputusan ini adalah tidak adil dan beberapa keputusan pengadil adalah sangat bagus, tetapi tidak memihak kepada kami. Inilah bola sepak, mereka berhak mara dan peminat mereka sangat padu, namun kami akan kembali musim depan."
Flick yang kemudian diminta mengulas mengenai pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, berkata: "Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak, ia tidak adil kepada pasukan saya yang memberikan satu persembahan hebat.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil. Saya memberitahunya apa yang perlu saya katakan."Could not be prouder of this team. 💙❤ pic.twitter.com/TDYjEVE10B— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 6, 2025
Flick dan Pau Victor yang berada di bangku simpanan Barcelona kedua-duanya dilayangkan kad kuning kerana membantah tetapi ketika terjahan Pau Cubarsi ke atas Lautaro Martinez yang kelihatan bersih dari belakang, yang diteliti menerusi video bantuan pengadil (VAR) membuktikan bahawa dia tidak menyentuh bola.
Bagaimanapun, Flick mengambil peluang itu untuk memuji barisan kendalian Simone Inzaghi yang kental bertahan dan menyerang, sambil mengucapkan 'selamat maju jaya untuk perlawanan akhir di Munich pada 1 Jun depan.
"Hari ini, penyerang Inter sangat bagus, mereka menyimpan bola dengan baik dan merupakan pemain yang sangat kuat malah berberpengalaman.
"Kami mempunyai pasukan muda dan kami perlu meningkatkan prestasi; tugas kami adalah untuk menjadi lebih baik.
"Dari setiap sudut pandangan, baik daripada segi pertahanan mahupun serangan."
Must-Watch Video