Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abdul Ghani, menganggap hujah majikannya, The Red Warriors, berhubung isu yang dibangkitkannya tidak relevan.
Dalam temubual bersama Nadi Arena, Nurshamil juga masih pelik dengan tuntutan kelab berkenaan jika mahu menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.
Terdahulu, Nurshamil mendakwa perlu membayar RM50,000 kepada Kelantan untuk menamatkan kontrak.
Dan masalah berkenaan segera dipanjangkan ke Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi tindakan lanjut.
Kelantan kemudian memberikan reaksi balas dengan menjelaskan mereka mempunyai hak untuk menuntut nilai kompensasi berkenaan iaitu bersamaan nilai gaji untuk baki kontrak individu itu.
Ia atas dasar mereka sudah banyak melabur dalam usaha menyediakan pemain berkualiti, namun secara tiba-tiba pemain terbabit mahu menamatkan kontrak hingga menyebabkan kelab terpaksa menanggung kerugian.
"Saya telah mendapatkan pemberitahuan bahawa saya dan kelab telah mencapai persetujuan untuk meninggalkan pasukan namun saya perlu membayar RM50,000. Ia sepatutnya situasi menang-menang buat kedua-dua pihak dan perkara ini menjadikan situasi yang tidak adil bagi saya," katanya.