Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC boleh menarik nafas lega sebelum melalui saingan separuh akhir kedua Piala Cabaran, 1 Oktober ini, apabila pihak pengurusan melunaskan tunggakan gaji selama tiga bulan pada minggu lalu.
Pengurus UKM, Mohd Fairus Shafie, menjelaskan masalah itu berpunca daripada kelewatan pihak penaja yang lambat melakukan pembayaran.
Tidak lepas tangan dalam soal kebajikan pemain, Fairus lega ia mampu diselesaikan sebelum pasukan itu bertandang ke Pasir Gudang untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam separuh akhir kedua Piala Cabaran.
"Sebenarnya, penaja kami lambat memberikan sumber kewangan kepada UKM FC tetapi syukur ia telah diterima.
"Kami telah menyelesaikan semua tunggakan dan saya percaya ia menjadi pemangkin untuk pemain-pemain mempamerkan aksi terbaik," kata Fairus.
Nadi Arena sebelum ini melaporkan sebanyak 14 pasukan berdepan masalah tunggakan gaji, dengan UKM menjadi salah satu nama yang terbabit.
Sementara itu, jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussein, berasa lega dengan pembayaran gaji berkenaan selain melihat ia satu petanda pasukannya akan terus kekal dalam saingan Liga Malaysia 2019.
Malah, pelbagai perancangan telah dilakukan agar masalah yang dihadapi musim ini tidak berulang.
"Kami faham dengan situasi itu dan saya sentiasa memberi motivasi kepada pemain-pemain agar bermain dahulu. Hak kami pasti akan diraih.
"Rata-rata pemain kami adalah pelajar UKM dan ia tidak begitu terkesan. Namun, saya percaya prestasi pasukan akan dapat diteruskan," ujar Sulaiman.