Skip to main content

Bola Sepak

Tuck lega bantu Terengganu lepasi ranjau Negeri Sembilan

lee-tuck.jpg
Tonggak tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck, mengakui berasa puas meraih kemenangan ke atas Negeri Sembilan, namun yang lebih mustahak memastikan pasukannya merakamkan kejayaan dalam aksi Liga Super di Paroi, Jumaat lalu. 

Tuck mengotakan janjinya untuk tidak terlalu beremosi apabila beraksi berdepan Negeri Sembilan yang juga bekas majikannya. 

Pemain kelahiran England itu tetap beraksi dengan tenang untuk mengemudi jentera tengah biarpun berdepan lawan yang tidak melanjutkan kontraknya. 

"Secara peribadi, ia kejayaan manis buat saya. 

"Saya berdepan tekanan hebat untuk kembali di sini, saya berhak menganggotai pasukan hebat, baik Negeri Sembilan mahupun Terengganu. 

"Lagipun, kali terakhir Terengganu menang ke atas Negeri Sembilan adalah lima tahun lalu. 

"Ia kemenangan hebat buat saya, pemain dan kelab. 

"Ia meletakkan kami selesa dalam liga," ujarnya. 

Mengulas lagi mengenai aksi menentang skuad Jang, Tuck berasa setiap pemain komited memastikan kemenangan. 

Sungguhpun sedar TFC mampu beraksi lebih baik, apa yang penting adalah kejayaan mata penuh. 

"Kami berkunjung ke tempat lawan dan kami terpaksa berhempas-pulas. 

"Kami tidak dapat menguasai babak kedua. Kami perlu mengerah kudrat dan banyak bertahan. 

"Kadangkala kami tidak dapat menghasilkan permainan menarik, apapun adalah penting untuk meraih tiga mata," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video