Thomas Tuchel mengesahkan Kylian Mbappe bakal tampil beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Nice selepas digantung tiga perlawanan.
Pemain berusia 19 tahun itu dilayangkan kad merah ketika PSG meraih kemenangan 4-2 ke atas Nimes pada 1 September lalu kerana melakukan kekasaran ke atas Teji Savanier.
Kerana tidak berpuas hati, Mbappe menolak Savanier dan dia terlepas tiga kemenangan PSG dalam saingan Ligue 1 ke atas Saint-Etienne, Rennes dan Reims.
Walaupun PSG tidak merindui bintang muda itu, ia memberikan kerja mudah kepada pasukan lawan, dengan penyerang itu telah menjaringkan empat gol musim ini dan tidak sabar untuk sekali lagi melakukannya malam ini.
"Ia merupakan waktu sukar buat Mbappe dan kami sangat gembira kerana dia kembali bersama pasukan," kata Tuchel.
"Mbappe gembira kerana dapat beraksi."
PSG menjadi pasukan keempat dalam sejarah Ligue 1 untuk memenangi tujuh perlawanan pembukaan sejak 1960 ketika mengatasi Reims 4-1.
Gelaran keenam dalam tempoh tujuh musim berada di landasan tetapi Tuchel menolak cadangan tersebut dengan menyatakan Liga Juara-Juara (UCL) menjadi keutamaan.
"Saya tidak bersetuju Ligue 1 adalah masalah buat PSG.
"Kami memiliki batas dan meletakkan sasaran yang tinggi. Bukan mudah untuk menang," ujarnya.
PSG akan berkunjung ke Nice sebelum menerima kedatangan Red Star Belgrade dalam saingan UCL dan skuad bimbingan Tuchel itu mahu bangkit daripada kekalahan 3-2 kepada Liverpool.