Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bersama kelab itu selepas mengharungi saingan Piala Dunia, kata pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel.
PSG turun tanpa barisan bintang ketika tunduk 3-1 di tangan Bayern Munich dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) walaupun Timothy Weah membuka tirai jaringan buat juara Ligue 1 itu.
Mbappe yang dinobatkan selaku Pemain Muda Terbaik dalam Piala Dunia selepas mencatat empat gol dalam laluan Les Bleus menjulang trofi kejuaraan di Russia, menjelaskan melalui laman sosial bahawa dia sedang menyesuaikan diri dengan permainan selepas kembali daripada tempoh rehat.
Tatkala Tuchel begitu gembira memiliki Neymar, Mbappe dan Cavani di barisan depan bagi menghadapi aksi Ligue 1, dia kekal tenang menunggu kehadiran trio itu.
"Kami memiliki barisan depan yang mantap," katanya.
"Kami mempunyai Neymar, Cavani dan Mbappe. Saya gembira untuk bekerjasama dengan barisan pemain ini.
"Namun, kami harus bersabar kerana mereka melalui tempoh yang lama dalam Piala Dunia.
"Ketika ini, mereka hadir lewat dan liga bermula awal. Tiada jurulatih yang gembira dengan perkembangan itu."
Walaupun tewas di tangan Bayern menerusi kebangkitan dalam babak kedua, Tuchel tetap gembira dengan persembahan barisan mudanya di Klagenfurt.
"Ia satu persembahan yang hebat dan saya berbangga dengan apa yang mereka pamerkan," ujar Tuchel.
"Saya tidak tahu apa yang perlu diharapkan daripada perlawanan ini. Di atas padang, hanya Adrien Rabiot, Lassana Diarra, Christopher Nkunku serta Gianluigi Buffon yang mempunyai pengalaman.
"Selebihnya, rata-rata pemain yang tidak pernah beraksi di peringkat sebegini. Kami menghadapi sedikit kesukaran ketika berdepan lawan yang lebih kecil sebelum ini tetapi pemain-pemain telah meraih persembahan yang memukau. Ia satu petanda baik buat kami."