LIGA INGGERIS
Tuchel gembira dengan kebangkitan Chelsea, gusar kecederaan Kante, Silva
Thomas Tuchel gembira melihat Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi tetapi gusar dengan kecederaan yang dialami N'Golo Kante dan Thiago Silva.
Chelsea berada di belakang selepas Reece James secara tidak sengaja tertolak umpanan lintang Matthew Targett ke gawang Edouard Mendy dalam babak pertama tetapi Jorginho segera menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas Matthew Cash mengasari Callum Hudson-Odoi.
Tuchel memasukkan Romelu Lukaku selepas waktu rehat dan penyerang Belgium itu meletakkan pelawat di depan menerusi gol kesembilannya daripada 10 perlawanan EPL menentang Villa.
Iklan
Jorginho kemudian sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti dalam waktu kecederaan untuk memutlakkan kemenangan itu dengan jaringan penaltinya yang ke-10 sepanjang 2021.
Sejak Tuchel mengambil alih pasukan itu, The Blues menjaringkan paling banyak sepakan penalti berbanding kelab EPL lain manakala Jorginho pula menjaringkan lebih banyak sepakan penalti berbanding kelab lain sepanjang tempoh itu.
Kemenangan Chelsea juga melonjakkan mereka untuk kini hanya ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan terikat mata yang sama dengan Liverpool, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Bagaimanapun, Tuchel agak kecewa menjelang perlawanan yang akan datang berdasarkan senarai kecederaan dan kes jangkitan COVID-19 yang mengganggu perancangannya.
Tuchel berkata kepada BBC Sport: "Kami menunjukkan reaksi yang amat baik selepas mereka mendapatkan gol. Gol sendiri itu membuatkan keadaan amat rumit. Reaksinya amat bagus. Kami bertahan dengan kuat dan tidak membenarkan mereka memperoleh peluang besar. Ia kemenangan yang selayaknya tetapi dengan usaha keras.
"Kami mempunyai kerisauan mengenai pemain yang cedera. Kami membenarkan Callum Hudson-Odoi bermain selama 90 minit selepas COVID. Thiago Silva tercedera. N'Golo Kante juga cedera. Mateo Kovacic bermain selepas kecederaan dan COVID tanpa sebarang persediaan dan latihan.
"Kami hanya menutup lompong itu dengan apa yang kami ada. Kami berdepan lawan yang tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa. Lima pertukaran diperkenalkan kerana COVID.
"Kini, kita berada dalam keadaan COVID dan sesetengah perlawanan ditunda dan sesetengah lagi tidak.
"Tiga pertukaran merupakan satu kekurangan yang besar," katanya.

Must-Watch Video