Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel enggan terburu-buru bincang kontrak baru

tuchel-in-no-rush-for-new-dortmund-contract.jpg
Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel, berkata dia tidak menjangkakan akan berunding kontrak baru sebelum musim ini berakhir. 

Tuchel memeterai kontrak empat tahun sejak tiba dari Mainz pada Jun 2015 dan pasukan kendaliannya kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, untuk menduduki tangga keenam. 

Dia yang membimbing Dortmund untuk menamatkan saingan 2015-16 di tempat kedua, bagaimanapun hanya merekodkan satu kemenangan dalam enam perlawanan kompetitif terakhir mereka. 

Di sebalik bergelut dengan prestasi semasa, Tuchel menegaskan dia tidak bimbang dengan soal kontrak baru kerana berpendapat ahli lembaga pengarah kelab itu sedar pertengahan musim bukanlah waktu terbaik untuk membincangkan kontrak baru.

Dia memberitahu WDR Radio: "Saya menjangkakan mereka akan menghormati bahawa saya adalah perunding yang teruk semasa musim sedang berlangsung. 

"Saya tenang. Saya baru menjalani separuh daripada kontrak saya."

Dortmund akan berdepan Werder Bremen sebaik aksi Bundesliga bersambung semula selepas cuti pertengahan musim sebelum mereka berdepan perlawanan sukar bertemu bekas kelabnya, Mainz. 

"Kami mahu layak ke Liga Juara-Juara, sekurang-kurangnya meraih kedudukan ketiga liga dan kami mahu layak secara automatik. 

"Banyak yang perlu dilakukan."

Advertisement

Must Watch Video